Selasa, 10 September 2019 | 7:28am
Anggota forensik sedang membuat pemeriksaan di lokasi kejadian tembakan di Dordrecht, Belanda. Foto Reuters

Anggota polis tembak isteri, dua anak

AMSTERDAM: Seorang anggota polis menembak mati dua anaknya, sebelum membunuh diri di kediamannya di bandar Dordrecht di sini, pagi semalam.

Menurut jurucakap polis, Miriam Slot, anggota polis berusia 34 tahun itu turut menembak isterinya, mengakibatkan wanita berkenaan mengalami cedera parah.

“Isterinya berusia 28 tahun, manakala anaknya masing-masing berusia lapan tahun dan 12 tahun,” kata Slot.

Berikutan kejadian itu, pasukan perkhidmatan kecemasan dan forensik dihantar ke lokasi terbabit di Dordrecht, yang terletak berhampiran pelabuhan Rotterdam.

Datuk Bandar Dordrecht, Wouter Kolff, dalam mesej di Twitter berkata, beliau akan mengunjungi lokasi kejadian kes tembakan berkenaan. - Reuters

Berita Harian X