Selasa, 10 September 2019 | 12:02am
SPEAKER dewan rendah parlimen Britain, John Bercow. - Foto Reuters

Speaker parlimen Britain letak jawatan

LONDON: Speaker dewan rendah parlimen Britain, John Bercow yang memainkan peranan penting dalam krisis Brexit, sejak tiga tahun lalu, memaklumkan beliau akan meletak jawatan, hari ini.

Bercow turut memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak ‘merendahkan’ parlimen.

Difahamkan, Bercow memanipulasi peraturan parlimen untuk memberi ruang kepada pembuat dasar mencabar dasar kerajaan, baru-baru ini, dengan meluluskan undang-undang menyekat Brexit tanpa perjanjian.

“Kita merendahkan parlimen ini dan ia menjejaskan diri kita sendiri,” katanya.

Bercow berkata, beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang, jika parlimen mengundi menyokong pilihan raya awal, Isnin depan. - Reuters

609 dibaca
Berita Harian X