Khamis, 15 Ogos 2019 | 11:41am
FOTO hiasan.

Lewat bayar nafkah, ibu mertua bunuh, potong kemaluan menantu

NOGOROD (RUSSIA) : Seorang wanita mengaku memotong kemaluan dan membunuh menantu lelakinya selepas menikam mangsa sebanyak 27 kali kerana lewat menjelaskan nafkah anak.

Selepas menikam Dmitry Bogdanov, 32 dan menggunakan pisau dapur untuk memotong testis mangsa, suspek membuang bahagian tubuh itu menerusi tingkap rumah pangsa miliknya.

Wanita berusia 49 tahun itu dan pasangannya dari Borovichi sudah ditahan pihak berkuasa.

Bogdanov sebelum itu berkongsi minuman bersama bekas ibu mertuanya itu dan pasangan apabila pergaduhan tercetus antara mereka.

Wanita terbabit menuduh Bogdanov gagal menjelaskan nafkah dan membantu bekas isteri serta anak lelaki mereka.

Dia menikam mangsa beberapa kali menggunakan pisau dan apabila Bogdanov rebah, teman lelaki suspek mengambil pisau untuk menyambung serangan.

Wanita itu kemudiannya memotong testis mangsa sebelum mencampak anggota tubuh berkenaan ke luar tingkap.

Menurut polis, mangsa ditikam sebanyak 27 kali.

Selepas melakukan pembunuhan kejam berkenaan, dia terus menghubungi anak perempuannya yang bertindak melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

“Suspek pada mulanya menafikan melakukan perbuatan kejam terbabit namun menukar pengakuan tidak lama kemudian.

“Jawatankuasa Siasatan Russia menyiasat kejadian ini sebagai kes pembunuhan,” kata polis. - Agensi

4793 dibaca
Berita Harian X