Rabu, 24 Julai 2019 | 1:56am
PENINJU Russia, Maxim Dadashev. - Foto AFP

Peninju Russia, Maxim Dadashev maut selepas bertarung

MOSCOW: Peninju Russia, Maxim Dadashev meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialaminya selepas satu pertarungan di Maryland, kata persekutuan tinju Russia hari ini.

“Maxim Dadashev meninggal dunia di Amerika Syarikat (AS) akibat kecederaan selepas bertarung dengan Subriel Matias,” kata persekutuan sukan itu dalam satu kenyataan.

Peninju berusia 28 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan otak kecemasan di Washington selepas bertarung dengan Matias dari Puerto Rico, Jumaat lalu.

Difahamkan, pertarungan kategori ‘super-lightweight’ itu dihentikan pada pusingan ke-11. - AFP

3615 dibaca
Berita Harian X