Khamis, 18 Julai 2019 | 10:55pm

12 remaja Israel direman rogol wanita Britain

ATHENS: Mahkamah di Cyprus hari ini menahan reman 12 remaja warga Israel kerana disyaki merogol seorang pelancong Britain di sebuah pusat peranginan popular terletak di pulau dekat sini.

Remaja terbabit berumur antara 16 dan 18 tahun dituduh merogol seorang wanita di sebuah bilik hotel di Ayia Ayapa.

Wanita itu memberitahu polis bahawa kejadian berlaku pada pagi semalam di bilik penginapannya.

Pemeriksa perubatan berkata, mereka menemui kesan calar dan lebam pada badan wanita itu.

Difahamkan suspek dan mangsa sedang bercuti di Ayia Napa, sebuah pusat peranginan yang terkenal kerana menganjurkan parti sepanjang malam.

Suspek yang belum didakwa dibawa ke mahkamah daerah terletak berhampiran bandar Paralimni hari ini di mana majistret tempatan menahan reman mereka selama lapan hari sementara menunggu hari perbicaraan. -Reuters.

Berita Harian X