Ahad, 19 Mei 2019 | 9:06am
RIBUAN rakyat Austria mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan berhubung skandal rasuah di Vienna. - Foto EPA

Kerajaan Austria tumbang susulan skandal rasuah

VIENNA: Ribuan penunjuk perasaan meraikan kejatuhan kerajaan Austria pimpinan Canselor Sebastian Kurz berhubung skandal rasuah dan prospek pilihan raya baru diadakan.

“Kurz mesti berundur”, jerit orang ramai yang memenuhi daerah bersejarah pertama Vienna sejak lewat pagi.

Ketika berita pilihan raya baru tersebar menerusi telefon pintar penunjuk perasaan, sorakan kuat kedengaran.

Meluahkan pandangan bahawa Kurz kerap memaafkan skandal dilakukan rakan gabungannya, Parti Pembebasan (FPOe) yang berhaluan kanan diketuai Heinz-Christian Strache, pekerja pendidikan sosial Andreas Hallas, berkata pilihan raya ‘satu keperluan mutlak’.

“Selain ini pasti akan menyebabkan bencana, secara politiknya,” kata Hallas, menambah beliau mengharapkan kerajaan baru tanpa FPOe dan Parti Rakyat (OeVP) pimpinan Kurz.

Hallas adalah antara mereka yang hadir pada tunjuk perasaan antikerajaan yang diadakan setiap Selasa tanpa mengira keadaan cuaca selama lebih enam bulan.

Namun Elvira Raffinger, 61, menyatakan: “Hari ini adalah perhimpunan spontan dan amat jarang bagi Austria, negara yang menyaksikan politik jalanan bukan satu kebiasaan.”

Rakaman kamera tersembunyi yang disiarkan media Jerman Jumaat lalu, Strache dilihat menjanjikan kontrak awam sebagai balasan kepada kempen membantu penyokong Russia palsu berhubung majlis makan malam memabukkan di villa di pulau peranginan Ibiza. — AFP

924 dibaca
Berita Harian X