Jumaat, 17 Mei 2019 | 11:23pm
PUTERA Harry dan isteri, Meghan bersama anak mereka, Archie. - Foto AFP

Sijil kelahiran dedah Meghan bersalin di Hospital swasta London

LONDON: Misteri lokasi Meghan, Duchess of Sussex melahirkan putera sulungnya awal bulan ini terbongkar apabila sijil kelahiran anaknya itu menyatakan beliau bersalin di sebuah hospital swasta di London, kata Press Association.

Bekas aktres Amerika Syarikat (AS), Meghan yang juga isteri kepada Putera Harry, menggunakan nama rasmi “Rachel Meghan Her Royal Highness The Duchess of Sussex” dan turut mengisi ruangan pekerjaan sebagai “Puteri United Kingdom.”

Sijil kelahiran itu menjawab segala persoalan yang timbul mengenai lokasi kelahiran bayi Diraja berkenaan selepas spekulasi mengatakan Meghan yang mengahwini cucu Ratu Elizabeth, merancang untuk bersalin normal di rumah mereka di estet Istana Windsor.

Media sebelum ini turut melaporkan bahawa pasangan itu bergegas ke hospital Portland, London di saat akhir kerana Archie terlebih hari, walaupun sehingga kini pasangan itu tidak pernah mendedahkan sebarang maklumat mengenai kelahiran mahupun lokasinya.

Pemilik nama Archie Harrison Mountbatten-Windsor, pewaris ketujuh takhta British, selamat dilahirkan pada 6 Mei lalu. - Reuters

2494 dibaca
Berita Harian X