Selasa, 14 Mei 2019 | 4:35pm
Kapal tangki minyak MV Al Marzoqah yang didaftarkan di Arab Saudi adalah antara kapal yang diserang berhampiran pelabuhan Fujairah, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini. Foto EPA

Iran dakwa Israel 'dalang' serangan kapal tangki di UAE

GENEVA: Serangan ke atas kapal tangki di luar pantai Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah angkara perbuatan ‘khianat’ Israel.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh jurucakap Parlimen Iran, Behrouz Nemati hari ini, yang dipetik Agensi Berita Republik Islamik (IRNA).

“Perkara yang berlaku di Emiriah (UAE) adalah hasil perbuatan khianat Israel,” kata Behrouz tanpa mengemukakan butiran lanjut mengenai peranan yang dimainkan oleh Israel dalam serangan berkenaan.

Semalam, Arab Saudi dilaporkan berkata, dua kapal tangki milik negara itu adalah antara yang diserang di luar pantai UAE.

Riyadh turut menyifatkan ia sebagai cubaan untuk menjejaskan keselamatan bekalan minyak dunia, berikutan ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dan Iran.

Sementara itu, UAE berkata, serangan pada Ahad lalu ke atas empat kapal tangki komersial berhampiran Fujairah adalah satu sabotaj, tanpa mendedahkan bentuk serangan dan dalang di sebalik kejadian itu. - Reuters

495 dibaca
Berita Harian X