Khamis, 25 April 2019 | 9:52am
Bekas bintang siri Baywatch, Pamela Anderson.

Bintang Baywatch pertikai sumbangan untuk Notre-Dame

MARSEILLE: Bekas bintang siri Baywatch, Pamela Anderson, keluar dengan marah daripada majlis mengutip derma bola sepak di Marseille selepas 100,000 euro (RM461,000) diperuntukkan untuk Gereja Notre-Dame yang rosak dalam kebakaran berbanding untuk kanak-kanak di bandar raya berkenaan.

Majlis malam kelmarin, anjuran salah sebuah kelab bola sepak Perancis, Olympique Marseille, bertujuan mengutip sumbangan untuk kanak-kanak yang memerlukan.

Namun keputusan menyalurkan 100,000 euro kepada Notre-Dame di Paris, yang rosak teruk dalam kebakaran awal minggu lalu, mengundang kritikan Anderson semalam.

“Semalam, kami menghadiri majlis tahunan @OM untuk mengutip wang bagi beliau yang memerlukan di Marseille - penuh dengan niat baik ketika mengutip jumlah banyak untuk tujuan baik.

“Kemudian ‘kejutan besar’ hadir untuk mengutip wang bagi pembinaan semula Notre-Dame???” tweet beliau.

Beliau menambah: “Sudag pasti kanak-kanak yang menderita di Marseille boleh menggunakan 100,000 euro itu berbanding lebih satu bilion yang sudah didermakan hartawan untuk gereja itu.

“Saya harap mereka menimbang semula dan berikan ke mana ia diperlukan, kepada komuniti di Marseille yang sepatutnya menerima sumbangan itu.”

Pelakon dan model berusia 51 tahun itu menghadiri majlis berkenaan dengan pasangannya, Adil Rami, yang bermain di posisi pertahanan untuk Olympique Marseille. — AFP

628 dibaca
Berita Harian X