Rabu, 24 April 2019 | 10:02pm
PEKERJA yang menjalankan kerja-kerja baik pulih melanggar larangan merokok di Notre-Dame. - Foto EPA

Kontraktor mengaku merokok di Notre-Dame

PARIS: Pekerja yang menjalankan kerja-kerja baik pulih Notre-Dame melanggar larangan merokok di monumen itu, menurut pengakuan seorang kontraktor, hari ini, namun beliau menafikan kaitan insiden itu dengan kebakaran yang memusnahkan gereja besar terbabit, minggu lalu.

“Ada rakan sekerja yang melanggar larangan ini dan kami menyesalinya. Namun, puntung rokok bukan punca kebakaran di Notre-Dame,” kata seorang jurucakap syarikat perancah Le Bras Freres.

“Ada pekerja mengaku kadang-kadang merokok kepada polis,” kata jurucakap Marc Eskenazi, ketika mengesahkan laporan akhbar satira Le Canard Enchaine.

Syarikat Parishad melaksanakan larangan ketat terhadap merokok di perancah yang dibina mengelilingi menara, ketika kerja-kerja baik pulih penutup dan sambungan bahagian menara itu.

Sebahagian besar bumbung Notre-Dame diperbuat daripada kayu, namun kini sudah musnah termasuk tiang asalnya yang dibina pada kurun ke-12. - AFP

345 dibaca
Berita Harian X