Khamis, 18 April 2019 | 10:26am
Dianggarkan 90 peratus daripada relik berharga dan karya seni yang tersimpan di gereja besar Notre-Dame de Paris berjaya diselamatkan daripada kebakaran Isnin lalu. - Foto AFP

Pelan pemindahan kontigensi selamat khazanah Notre-Dame

PARIS: Dianggarkan 90 peratus daripada relik berharga dan karya seni yang tersimpan di gereja besar Notre-Dame de Paris berjaya diselamatkan daripada kebakaran Isnin lalu berikutan pelan pemindahan kontigensi yang berkesan, kata seorang penilai insuran semalam.

Penilai insuran, Michel Honor, yang juga pengarah seni halus di Sedgwick diberi tugas utama untuk menilai kerosakan khazanah di gereja besar berkenaan.

Pelan pemindahan kontigensi yang tersedia memberi keutamaan kepada objek yang perlu dipindahkan lebih dulu, kata Honor kepada Reuters.

“Oleh kerana pelan yang berkesan itu, harta benda yang rosak tidak serius seperti yang kami sangkakan.”

Pihak berkuasa berkata, ketika kejadian petugas kecemasan membentuk rantaian manusia untuk memindahkan dan menyelamatkan barangan berharga daripada kemusnahan.

Khazanah Notre-Dame terdiri daripada 1,000 hingga 1,200 barangan termasuk logam berharga, pakaian tradisional gereja dan lukisan.

Ia turut menyimpan khazanah moden termasuk hadiah daripada Paus Yohanes Paulus II. - Reuters

206 dibaca
Berita Harian X