Rabu, 17 April 2019 | 8:21pm
Pandangan menunjukkan bahagian rosak Gereja Notre-Dame, dua hari selepas kebakaran besar memusnahkan sebahagian besar struktur gothic itu. -Foto Reuters

Notre-Dame 'lebih indah' dalam 5 tahun - Presiden Perancis

PARIS: Presiden Emmanuel Macron berikrar untuk membina semula Notre-Dame ‘lebih indah lagi’ dalam tempoh lima tahun, 48 jam selepas kebakaran sebahagian besar gereja terkenal itu menjejaskan struktur berkenaan.

Kebakaran Isnin lalu menjejaskan mercu tanda terkenal ibu kota ini, memusnahkan bumbung, menyebabkan menaranya runtuh dan rakyat Perancis dalam keadaan terkejut.

Macron mengumumkan tempoh segera pemulihan, proses dikatakan sesetengah pakar mengambil masa berdekad, dalam ucapan kepada negara di mana beliau memuji bagaimana bencana itu menunjukkan kemampuan Perancis untuk bersiap sedia dan bersatu.

Sumbangan bernilai kira-kira 700 juta euro (RM3.27 bilion) itu sudah dibuat kalangan jutawan dan ahli perniagaan Perancis untuk memulihkan karya agung Gothik terbabit.

Sejumlah artifak dan lukisan tidak diketahui rentung manakala organ utama, yang memiliki hampir 8,000 tiub, turut mengalami kerosakan.

Namun dinding, menara loceng dan tingkap kaca terkenal berbentuk bulat tarikan terkenal Perancis itu masih utuh. -AFP

218 dibaca
Berita Harian X