Selasa, 16 April 2019 | 11:50pm
Keadaan Gereja Katedral Notre-Dame selepas api besar menghancurkan sebahagian besar strukturnya di Paris, Perancis. - Foto REUTERS

Derma baik pulih Notre-Dame cecah RM3.26 bilion

PARIS: Sumbangan daripada ramai billionaire, banyak perniagaan dan sektor awam untuk pembinaan semula gereja besar Notre-Dame mencecah hampir 700 juta euro (RM3.26 bilion), semalam, ketika ramai memberi sokongan terhadap salah satu monumen paling ikonik di Eropah itu.

Presiden Emmanuel Macron berjanji bahawa monumen zaman pertengahan itu dipulihkan, selepas menara dan bumbungnya runtuh, malam Isnin lalu, dalam kebakaran yang dikaitkan dengan kerja-kerja baik pulih.

Kumpulan barangan mewah Perancis, Kering yang mempunyai jenama termasuk Yves Saint Laurent dan Gucci memulakan kempen itu, lewat Isnin lalu dengan janji mengumpul 100 juta euro (RM467.14 juta).

Ketua Kering, Francois-Henri Pinault berkata, kerja-kerja pembinaan kayu amat halus yang menyokong bumbung gereja yang musnah dalam kebakaran itu perlu dilakukan.

“Ia menjadikan kerja ini memakan masa panjang dan kompleks, namun kita perlu melakukannya,” katanya kepada radio BBC. - AFP

1110 dibaca
Berita Harian X