Jumaat, 15 March 2019 | 7:13pm

Perancis tingkat langkah keselamatan tempat keagamaan

PARIS: Pihak berkuasa Perancis meningkatkan langkah keselamatan berhampiran tempat keagamaan selepas serangan dahsyat yang mengorbankan 49 orang di New Zealand, hari ini.

“Rondaan akan dilakukan di sekitar kawasan keagamaan,” kata Kementerian Dalam Negeri, Christophe Castaner menerusi akaun twitter.

Dalam serangan hari ini, seorang lelaki bersenjata membunuh 49 orang dan mencederakan 20 yang lain semasa menunaikan solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, di mana Perdana Menterinya, Jacinda Ardern menyelar sebagai keganasan.

Seorang lelaki bersenjata menyiar langsung rakaman video dalam Facebook mengenai serangan itu terhadap sebuah masjid di bandar Christchurch yang mirip permainan video pembunuhan secara beramai-ramai.

Perancis ialah lokasi kepada minoriti Muslim terbesar di Eropah Barat dan dibelenggu serangan militan pada 2015 dan 2016. -Reuters

802 dibaca
Berita Harian X