Selasa, 12 Februari 2019 | 11:33pm
Kanak-kanak yang bermain berhampiran bangunan apartmen suspek menjumpai lengan lelaki yang terputus. - Foto www.dailymail.co.uk

Nenek kerat, simpan organ penyewa dalam peti sejuk

KHABAROVSK: Seorang wanita berusia 80 tahun ditahan di Russia atas tuduhan membunuh, selepas beberapa bahagian mayat penyewa lelakinya ditemui kanak-kanak dalam keadaan sudah dikerat.

Tertuduh yang pernah bekerja sebagai penyembelih babi turut disiasat atas dua kes orang hilang yang belum selesai di kawasan Berezovska, pinggir bandar Khabarovsk, timur Russia.

Hakim mengarahkan wanita yang tidak dinamakan itu ditahan selama dua bulan, sementara siasatan dijalankan.

Beberapa organ dalaman penyewa wanita sudah beruban itu termasuk usus ditemui dalam peti ais miliknya, menurut beberapa laporan media yang memetik sumber pihak berkuasa.


Wanita berusia 80 tahun (bulatan) ditahan kerana disyaki membunuh jiran lelaki berusia 52 tahun. - Foto dailymail.co.uk

Blok apartmen di bandar Khabarovsk di mana kes pembunuhan berlaku. - Foto www.dailymail.co.uk

Bagaimanapun, dia menafikan membunuh mangsa yang bekerja sebagai kakitangan pembersihan.

Kes itu timbul, selepas kanak-kanak yang bermain berhampiran blok pangsapuri suspek menemui tangan manusia yang dikerat.

Tidak lama kemudian, polis menemui mayat mangsa yang sudah dikerat dalam beberapa beg plastik, selepas ditarik oleh anjing di jalanan.

Menurut laporan, cap jari daripada bahagian mayat itu membolehkan identiti mangsa yang berusia 52 tahun dikenal pasti iaitu penyewa penyembelih bersara terbabit.

Difahamkan, penduduk tempatan ada mendakwa wanita itu disyaki melakukan kanibalisme, namun ia masih belum disahkan Jawatankuasa Siasatan Russia. - Agensi/ DailyMail

2348 dibaca
Berita Harian X