Selasa, 12 Februari 2019 | 6:54pm
GAMBAR fail, Fethullah Gulen. - Foto REUTERS

Turki tahan 1,112 individu dikaitkan dengan Gulen

ISTANBUL: Turki mengarahkan penahanan 1,112 orang yang mempunyai kaitan dengan Fethullah Gulen, hari ini, kerana disyaki mempunyai kaitan dengan ulama yang didakwa mengetuai rampasan kuasa gagal pada 2016.

Operasi terhadap ‘rangkaian Gulen’ dilakukan atas dakwaan penipuan peperiksaan polis, ia menunjukkan pihak berkuasa masih meneruskan operasi, selepas dua tahun setengah, sejak kudeta gagal itu.

Dalam rampasan kuasa itu, tentera berpaling tadah menggunakan pesawat perang, helikopter dan kereta kebal untuk merampas kuasa sehingga mengorbankan lebih 250 orang.

Gulan yang kini tinggal dalam buangan di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), sejak 1999, menafikan sebarang pembabitan.

Operasi yang dijalankan, hari ini, berkaitan dengan peperiksaan polis pada 2010 bagi calon untuk jawatan timbalan inspektor dan tuduhan ada peserta pemeriksaan itu menerima soalan lebih awal, lapor agensi berita Anadolu.

Setakat ini, 124 suspek sudah ditahan, sejak pejabat pendakwa raya Ankara memulakan operasi meluas ke atas 76 wilayah.

Setakat ini, persoalan sama ada wujud suspek yang berkhidmat dalam polis turut ditahan masih tidak diketahui.

“Satu operasi besar sedang berjalan terhadap penyokong Gulen. Syaitan tidak boleh lagi melakukan penipuan seperti biasa. Kami akan memerangi mereka.

Kerajaan Turki mendakwa rangkaian Gulen menyusup ke dalam institusi kerajaan termasuk angkatan keselamatan, kehakiman dan banyak kementerian, sejak berdekad-dekad.

Katanya, mereka mempunyai rangkaian dalam kerajaan sebahagian dengan bantuan penipuan peperiksaan. - Reuters

148 dibaca
Berita Harian X