Selasa, 12 Februari 2019 | 10:28am
12 orang cedera apabila sebuah trem tergelincir di barat daya Paris. - Foto AFP

12 cedera trem tergelincir di Paris

NANTERRE, Perancis: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dan salah seorang mangsa parah, apabila sebuah trem tergelincir di barat daya Paris, dalam kejadian yang jarang berlaku, kata pasukan bomba.

Jurucakap pengendali perkhidmatan rel Paris RATP berkata, punca kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.00 malam, membabitkan dua stesen di Issy-les-Moulineaux, masih belum diketahui.

“Dua pengangkutan membawa penumpang itu berlanggar, ketika salah sebuah daripadanya sedang berhenti lalu dirempuh sebuah lagi dari arah belakang, menyebabkan ia tergelincir,” kata jurucakap itu.

Seorang jurucakap bomba sejurus selepas operasi menyelamat berakhir berkata, seorang daripada mangsa agak parah, manakala 11 yang lain cedera ringan.

Kemalangan membabitkan trem jarang berlaku di kawasan bandar yang operasinya dibuka sejak dua dekad lalu. - AFP

112 dibaca
Berita Harian X