Selasa, 12 Februari 2019 | 7:28am
THERESA May. - Foto EPA

Kabinet Britain yakin May akan lepas jawatan

LONDON: Menteri Kabinet Britain kini percaya Perdana Menteri, Theresa May, bersiap sedia untuk meletak jawatan musim panas ini supaya dapat mempengaruhi penggantinya, lapor akhbar The Sun.

Januari lalu, ahli perundangan Britain menolak perjanjian Brexit asal May yang menetapkan syarat untuk Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Mereka mengundi menuntut May mengubah perjanjian itu.

Britain dijangka meninggalkan EU pada 29 Mac ini. — Reuters

221 dibaca
Berita Harian X