Isnin, 11 Februari 2019 | 11:45pm
GAMBAR fail, seorang pegawai keselamatan Brink berdiri di sebelah van perisai pemindahan wang Brink di Paris. - Foto AFP

Perompak larikan RM4.61 juta dari van berperisai

BOBIGNY: Pemandu sebuah van berperisai yang membawa wang tunai dianggarkan sejuta euro (RM4.61 juta) dilaporkan hilang di luar Paris hari ini, kata sumber polis yang memberitahu AFP.

Katanya, seorang lelaki berusia 28 tahun dilihat berhenti di hadapan pejabat Western Union di Aubervilliers kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan sambil berdiri di belakang tayar van sebelum dua rakannya memasuki pejabat itu.

“Apabila mereka keluar, van dan pemandunya tiba-tiba hilang,” kata sumber.

Katanya, van terbabit dijumpai tidak lama selepas itu yang diletakkan tidak jauh dari lokasi kejadian dengan pintu terbuka manakala pemandu dan beg berisi wang tunai berjumlah sejuta euro (RM4.61), lesap.

Bagaimanapun, dua pekerja syarikat van keselamatan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, syarikat van keselamatan, Loomis enggan memberikan sebarang komen mengenai insiden terbabit.

Susulan insiden rompakan itu, satu siasatan dilancarkan oleh skuad anti kumpulan penjenayah di Perancis. -AFP.

2382 dibaca
Berita Harian X