Isnin, 11 Februari 2019 | 12:35am
Perdana Menteri Hungary Viktor Orban menyampaikan ucapan tahunan negara di Budapest, Hungary, pada 1 Februari lalu. - Foto REUTERS

Kerajaan Hungary tawar sudsidi tambah anak

BUDAPEST: Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban mengumumkan beberapa manfaat cukai dan pinjaman baharu untuk keluarga dalam usaha kerajaan beliau meningkatkan kadar kelahiran, ketika mengambil pendirian tegas terhadap isu pendatang.

Orban adalah salah seorang pengkritik terhebat penghijrahan besar-besaran dari Asia Barat atau Asia ke Eropah, beliau berkata, kerajaan negara itu menyasarkan pertumbuhan ekonomi dua peratus di atas paras purata Kesatuan Eropah (EU) walaupun ekonomi global dijangka merudum.

“Jumlah kelahiran kanak-kanak di Eropah semakin menurun. Bagi Barat, jawapannya adalah pendatang. Untuk setiap kehilangan kelahiran patut digantikan dengan kemasukan pendatang dan kemudian masalah selesai.

“Bagaimanapun, kita tidak perlu jumlah. Kita mahu anak warga Hungary,” kata Orban, ketika mengumumkan tujuh program manfaat untuk keluarga dan pasangan baharu berkahwin.

Antara langkah itu termasuk program pinjaman lebih meluas bagi keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bagi membeli rumah, subsidi pembelian kereta dan pelepasan cukai pendapatan untuk wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya empat anak.

Wanita bawah 40 tahun yang berkahwin kali pertama akan layak mendapat pinjaman subsidi 10 juta forint (RM146,484) dan satu per tiga hutang itu akan dihapuskan apabila anak kedua dilahirkan dan seluruh pinjaman akan dihapuskan apabila mendapat anak ketiga. - Reuters

311 dibaca
Berita Harian X