Selasa, 22 Januari 2019 | 2:03am

Russia ugut bertindak balas

MOSCOW: Russia mengancam membalas dendam selepas Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan ke atas ketua perisik tentera negara itu berhubung serangan ejen saraf ke atas bekas pengintip Kremlin, Sergei Skripal, di Britain.

“Kami berhak membalas dendam berhubung langkah tidak melambangkan tidak mesra ini,” kata Kementerian Luar Russia dalam kenyataan.

EU mengenakan sekatan ke atas ketu perisik tentera GRU yang baru,

Igor Kostyukov, dan timbalan pertamanya, Vladimir Alexseyev.

Kostyukov mengambil alih kepemimpinan GRU selepas kematian penyandangnya, Igor Korobov, November lalu.

EU juga menyiarkan nama sebenar dua ejen yang dituduh Britain melakukan serangan kimia di Salisbury Mac lalu, mengesahkan laporan awal mengenal pasti mereka sebagai Anatoly Chepiga dan Alexander Mishkin.

“Kempen maklumat yang disiarkan Britain berhubung kes ini mempunyai agenda domestik.

“Ia memberitahu bahawa pusingan baru bertepatan dengan krisis dalam rundingan Brexit,” kata kenyataan. - Reuters

3151 dibaca
Berita Harian X