Sabtu, 19 Januari 2019 | 6:37pm
Pasangan berusia 43 tahun (kiri) ditahan di rumah pasangan itu di Kozlovka bersama mangsa yang dipenggal (kanan) . - Foto dailymail.co.uk

Wanita dipenggal masak sup tak sedap

KOZLOVKA: Seorang lelaki memenggal kepala teman wanitanya kerana sup kobis yang dimasak mangsa tidak sedap, menurut polis Russia.

Polis Russia menemui mayat seorang wanita 47 tahun yang putus bahagian kepala di wilayah Smolensk. Bagaimanapun, identiti mangsa tidak didedahkan.

Perkembangan itu adalah kes pembunuhan kedua membabitkan masakan di Russia, dalam tempoh seminggu. Sebelum ini, seorang lelaki di negara itu mati ditikam isteri, selepas menyuarakan masakan tidak sedap.

Teman lelaki mangsa yang berusia 43 tahun ditahan di rumah pasangan itu di kampung Kozlovka.

“Lelaki itu marah kerana isterinya masa sup kobis Shchi tidak sedap,” menurut Readovka News memetik sumber pihak berkuasa.

Siasatan jenayah sudah dilancarkan terhadap kes ini mengikut bahagian satu artikel 105 kanun acara jenayah Russia iaitu membunuh dengan sengaja.

Penduduk tempatan berkata, lelaki itu hilang pekerjaan baru-baru ini dan terjebak dengan tabiat minum arak.

“Sebelum ini, dia tidak pernah mempunyai tingkah laku buruk dan tiada siapa perasan kelakuan agresifnya,” menurut laporan tempatan.

Katanya, lelaki itu cuba tetapi gagal membunuh diri, selepas membunuh pasangannya. - Agensi/ DailyMail

3650 dibaca
Berita Harian X