Sabtu, 19 Januari 2019 | 1:36am
POLIS mengawasi kawasan kejadian lelaki cuba membakar diri di tengah dataran di Prague. - Foto EPA

Lelaki bakar diri di Prague

PRAGUE: Seorang lelaki membakar diri di tengah sebuah dataran di Prague, semalam, ketika penduduk Republik Czech menyambut ulang tahun ke-50 insiden pelajar bakar diri memprotes penjajahan Kesatuan Soviet yang mematahkan Kebangkitan Prague.

Lelaki yang tidak dikenal pasti itu dibawa ke hospital, selepas orang ramai memadamkan kebakaran pada badan beliau pada lokasi sama Jan Palach membakar diri di Dataran Wenceslas, pada 1969.

Palach membunuh diri adalah tindakan terdesak menarik simpati terhadap negara itu yang menyaksikan campur tangan Kesatuan Soviet pada Ogos 1968.

“Menurut maklumat awal, seorang lelaki yang lahir pada 1964 mencurah badan sendiri dengan cecair mudah terbakar dan kemudian membakar dirinya sendiri,” kata polis Prague menerusi Twitter.

Paramedik berkata, 30 peratus badan lelaki itu melecur dan terpaksa ditidurkan, sebelum dibawa ke hospital. Bagaimanapun, motif lelaki itu masih tidak diketahui. - Reuters

Berita Harian X