Khamis, 25 Oktober 2018 | 9:49pm
Sebuah teksi teksi London bergerak di luar Kedutaan Arab Saudi yang dipasang sepanduk menuntut keadilan terhadap kematian wartawan Jamal Khashoggi di barat London. - Foto AFP

Polis Turki kaji sampel air, Trump dengar taklimat CIA

ANKARA/WASHINGTON: Polis Turki sedang meneliti sampel air diambil dari sebuah telaga di konsulat Arab Saudi di Istanbul sebagai sebahagian siasatan terhadap pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, kata penyiar CNN Turk hari ini.

Pihak berkuasa Turki semalam diberi kebenaran Arab Saudi untuk menjalankan pemeriksaan di telaga itu selepas pada mulanya dihalang berbuat demikian.

Beberapa minggu selepas memberi laporan bercanggah terhadap nasib Khashoggi, hujung minggu lalu, Arab Saudi mengakui wartawan itu dibunuh ketika disoal siasat di konsulat, mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel akan bertemu Presiden Donald Trump lewat hari ini untuk memberi taklimat berkaitan kes kematian Khashoggi, menurut jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders.

Trump dijadualkan menerima satu taklimat perisikan jam 11.30 pagi waktu tempatan, menurut jadualnya. -Reuters

Berita Harian X