Selasa, 3 April 2018 | 11:27pm
PUTERA Philip. - Foto EPA

Putera Philip jalani pembedahan pinggul esok

LONDON: Putera Philip, 96, suami Ratu Elizabeth dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pinggul esok, kata Istana Buckingham.

"Duke Edinburgh, Putera Philip dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London petang ini, untuk menjalani pembedahan pinggul esok," kata jurucakap istana, hari ini. - Reuters

Berita Harian X