Ahad, 18 March 2018 | 10:11pm
PELURU berpandu balistik Hwasong-12 (Mars-12) dilancarkan pada Mei 2017. - Foto fail Reuters

Roket Korea Utara mampu menjangkau Eropah

BERLIN: Roket Korea Utara kini dilengkapi dengan senjata nuklear dan mampu menjangkau Jerman hingga ke Eropah tengah, kata pegawai agensi perisikan luar Jerman kepada ahli parlimen negara itu.

Akhbar Bild am Sonntag dalam laporannya berkata, Timbalan Pengarah BND, Ole Diehl memberitahu ahli parlimen ketika mesyuarat tertutup bahawa penilaian itu 'pasti'.

Pada masa sama, Diehl berkata agensi melihat kepada perbincangan antara Korea Utara dan Korea Selatan sebagai tanda yang positif.

Tidak ada sebarang ulasan lanjut diberikan daripada BND. - Reuters

Berita Harian X