Khamis, 1 March 2018 | 7:07pm
PUTERA William dijadual mengadakan lawatan ke wilayah Palestin dan Israel pada musim panas ini. - Foto Reuters

Putera William lawat Palestin, Israel

LONDON: Pewaris takhta Kerajaan Britain, Putera William dijadual mengadakan lawatan ke wilayah Palestin dan Israel pada musim panas ini.

Istana Kensington ketika mengumumkan perkara itu, hari ini, berkata Duke of Cambridge juga dijangka mengunjungi Jordan, iaitu sebagai sebahagian daripada lawatan diraja.

"Kunjungan oleh pewaris kedua takhta Britain itu dibuat 'atas permintaan kerajaan Baginda' dan ia disambut baik oleh Israel, Jordan dan pihak berkuasa Palestin," kata Istana Kensington dalam satu kenyataan. - AFP

Berita Harian X