Jumaat, 6 Disember 2019 | 11:33pm
Kebakaran di Werombi, 50 km dari Sydney, Australia. - Foto Reuters

Sydney berhadapan 'kebakaran mega'

SYDNEY: Beberapa kebakaran hutan di Australia bergabung membentuk ‘kebakaran mega’ yang marak di luar kawalan di sebahagian besar tanah di utara Sydney, kata pihak berkuasa hari ini.

Mereka juga memberi amaran tidak dapat mengawal kebakaran.

Timbalan pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales, Rob Rogers, berkata kemungkinan ada lebih kebakaran semuanya yang bergabung membentuk apa yang dinamakan ‘kebakaran mega’ di kawasan hutan taman negara.

Api marak membakar kawasan seluan 300,000 hektar, secara kasar terletak 60 kilometer, kira-kira sejam memandu dari Sydney, yang sekali lagi

diselubungi asap toksik.

“Hanya ada api sepanjang jalan,” kata Rogers, menambah pasukan bomba tidak dapat berbuat apa-apa untuk meminta penduduk keluar, melindungi harta dan berharap musim panas dan berangin berakhir segera.

Katanya, mereka tidak dapat memadamkan api, kerana ia terus marak sehingga keadaan tenang, dan akan cuba sedaya upaya membendung kebakaran.

“Terbaik yang boleh kami lakukan adalah cuba melindung harta dan penduduk semampu yang boleh,” katanya. — AFP

Berita Harian X