Isnin, 11 November 2019 | 10:00am

Kebakaran kian marak, Sydney isytihar darurat

SYDNEY: Australia mengisytiharkan darurat hari ini dan penduduk di Sydney diberi amaran mengenai ketika ia berhadapan gelombang baharu kebakaran hutan yang melanda timur negara itu.

Buat kali pertamanya, bandar raya terbesar Australia dan kawasan sekitarnya berhadapan amaran tertinggi kebakaran, dengan pihak berkuasa bimbang dengan nyawa dan rumah yang berisiko besar.

“Tiada apa dibina atau direka untuk bertahan dengan keadaan boleh dianggap bencana,” kata Persuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales (RFS NSW), Shane

Fitzsimmons.

Suhu tinggi dan angin kencang dijangka memburukkan keadaan esok, memaksa Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian, mengisytiharkan darurat selama tujuh hari.

Tiga maut setakat ini, ribuan ketiadaan tempat tinggal dan 150 rumah musnah oleh puluhan kebakaran tidak dapat dikawal di utara negeri berkenaan.

Keadaan agak pulih hari ini dan beberapa penduduk boleh kembali ke rumah mereka, walaupun jerebu berlaku di banyak lokasi dilanda kebakaran.

Namun angin dan suhu dijangka memuncak lagi esok.

Wilayah Blue Mountain di barat Sydney dan pengeluar wain, Hunter Valley, dijangka paling teruk terjejas.

“Esok adalah mengenai perlindungan diri, harta dan memastikan semua selamat selagi yang boleh,” kata Berejiklian. — AFP

Berita Harian X