Khamis, 10 Oktober 2019 | 10:30pm

Taufan super Hagibis menghampiri Jepun

TOKYO: Satu taufan super menghampiri Jepun, hari ini, sehingga menyebabkan pembatalan dua perlawanan piala dunia ragbi dan perkhidmatan pengangkutan.

Ia juga mungkin bakal menjejaskan perlumbaan Formula One Grand Prix Jepun, hujung minggu ini.

Sebahagian kawasan di negara itu masih sedang pulih daripada taufan pemusnah, sebulan lalu, ketika taufan baru, Hagibis bergerak ke utara di Pasifik ke arah pulau utama Jepun.

Menurut agensi meteorologi Jepun, ia mungkin sampai ke darat, Sabtu ini.

“Sama ada taufan ini tiba ke darat atau tidak, ia pasti membawa kesan teruk,” kata seorang pegawai agensi itu.

Katanya, penduduk perlu bersedia menghadapi hujan lebat, angin kuat, ombak tinggi dan ribut akibat perbezaan tekanan udara. - Reuters

Berita Harian X