Selasa, 10 September 2019 | 10:15pm
Upacara puak Syiah sempena Hari Ashura di di Karbala. - Foto AFP

31 maut, 100 cedera dalam rempuhan Hari Ashura

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 31 terbunuh dalam rempuhan ketika upacara puak Syiah sempena Hari Ashura di Karbala hari ini, kata jurucakap Kementerian Kesihatan.

Jurucakap kementerian, Saif al-Badr, berkata angka kematian mungkin bertambah kerana 100 cedera termasuk 10 dalam keadaan kritikal.

Ashura menandakan hari cucu Nabi Muhammad, Hussein, terbunuh dalam pertempuran pada tahun 680.

Penganut fahaman Syiah dari seluruh dunia berkumpul setiap tahun di Karbala, lokasi peperangan berkenaan. - Reuters/AFP

2590 dibaca
Berita Harian X