Jumaat, 26 Julai 2019 | 9:29am
PUTERA Charles dan isteri, Camilla. - Foto AFP

Putera Charles, isteri lawat New Zealand pada November

WELLINGTON: Pewaris takhta Britain, Putera Charles dan isteri, Camilla akan melawat New Zealand November ini, kata Perdana Menteri Jacinta Ardern, hari ini.

Ia adalah kunjungan bersama ketiga pasangan berkenaan ke negara itu, selepas lawatan terakhir pada November 2015.

“Prince of Wales ialah penyokong kuat alam sekitar, pemuliharaan dan kemapanan selama bertahun-tahun.

“Lawatan ini akan memberikan peluang kepada beliau untuk terbabit dengan rakyat New Zealand dalam subjek berkenaan, dan mempelajari lebih banyak perkara mengenai cara New Zealand bersedia menghadapi masa hadapan,” kata Ardern dalam kenyataan.

Katanya, lawatan itu masih dalam tahap perancangan dan maklumat lanjut mengenai tarikh dan acara akan disiarkan hampir dengan kunjungan.

Anak Charles, Putera William melawat New Zealand April lalu bagi menghormati mangsa tembakan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, manakala Putera Harry dan isteri, Megan Markle, mengunjungi negara itu dalam lawatan ke Pasifik lewat 2018. — Reuters

Berita Harian X