Sabtu, 20 Julai 2019 | 7:32pm
Pelakon popular Hong Kong, Simon Yam ditikam oleh penyerang tidak dikenali.

Simon Yam cedera ditikam di tangan, perut

SHANGHAI: Seorang penyerang tidak dikenali menikam pelakon popular Hong Kong, Simon Yam, hari ini pada satu majlis promosi di China.

Bagaimanapun, kecederaan yang dialami aktor itu tidak mengancam nyawa, lapor media.

Video yang disiarkan di perkhidmatan Weibo menunjukkan lelaki memakai ves hitam meluru ke atas pentas dan menyerang Ya dengan pisau di bandar raya

Zhongshan di wilayah Guangdong.

Akhbar China Youth Daily melaporkan dalam laman webnya bahawa pelakon berusia 64 tahun itu dibawa ke hospital tetapi kecederaan di tangan dan perutnya tidak mengancam nyawa.

Kenyataan polis menyebut penyerang belum dikenal pasti tetapi Yam kelihatan seperti mangsa kesilapan identiti.

Yam mendapat pujian bagi peranannya dalam filem jenayah Hong Kong, Contact, pada 1992 dan membuat penampilan pertamanya di Hollywood menerusi filem Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life pada 2003. —Reuters

2707 dibaca
Berita Harian X