Rabu, 17 Julai 2019 | 3:26pm
Menteri Hal Ehwal Agama, Sheikh Abdullatif Abulaziz Al-Asheikh.

Arab Saudi taja keluarga mangsa tragedi Christchurch tunai haji

RIYADH: Arab Saudi akan menaja 200 jemaah haji iaitu ahli keluarga mangsa pembunuhan dua masjid di New Zealand atas arahan Raja Salman, lapor Agensi Media Saudi.

Serangan pada Mac oleh Brenton Tarrant ke atas dua masjid di bandar Christchurch itu meragut 50 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.

Arahan oleh Raja Salman berkenaan diumumkan semalam oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Sheikh Abdullatif Abulaziz Al-Asheikh.

Menurut Sheikh Abdullatif, penajaan terbabit adalah antara usaha kerajaan Arab Saudi dalam menangani dan membasmi segala bentuk keganasan.

Beliau berkata, kementeriannya sedang berurusan dengan Kedutaan Arab Saudi di New Zealand bagi memastikan semua tetamu memiliki segala yang diperlukan untuk menunaikan ibadat terbabit. - Agensi

Berita Harian X