Rabu, 10 Julai 2019 | 10:52pm
Raja Salman.

Raja Salman jemput 1,000 jemaah Haji Palestin

JEDDAH: Arab Saudi menjemput 1,000 anggota keluarga mangsa Palestin yang terkorban menentang rejim Zionis untuk mengerjakan Haji bulan depan.

Mereka adalah sebahagian Program Tetamu Haji dan Umrah Raja Salman.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Petunjuk Arab Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh, menyuarakan penghargaan di atas kemurahan Raja Salman terhadap Palestin dan rakyatnya, menurut laporan Saudi Press Agency.

Al-Asheikh berkata, kementeriannya bertindak pantas melaksanakan arahan itu dengan mengikuti proses kunjungan jemaah menerusi kedutaannya di Jordan dan Mesir.

Kementerian juga akan memuktamadkan semua prosedur diperlukan untuk kunjungan ke Arab Saudi dengan penerbangan persendirian dan menawarkan perkhidmatan untuk membantu mereka menunaikan Haji. - Agensi

Berita Harian X