Sabtu, 15 Jun 2019 | 7:21pm

Visa Umrah cecah 7.6 juta tahun ini

RIYADH: Arab Saudi mengeluarkan 7.6 juta visa Umrah tahun ini dan 7.3 jemaah sudah tiba di negara berkenaan, menurut data yang disediakan Kementerian Haji.

Lebih 500 ribu jemaah masih berada di Arab Saudi dengan 278,368 berada di Makkah dan 226,441 di Madinah, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Kebanyakan jemaah tiba dengan pesawat manakala yang lain datang dengan jalan darat dan laut.

Jumlah jemaah teramai datang dari Pakistan diikuti Indonesia, India, Mesir, Algeria, Yaman, Turki, Malaysia, Iraq dan Jordan.

Mengembangkan perkhidmatan dan pertubuhan Haji dan Umrah di Arab Saudi menjadi antara keutamaan kerajaan negara itu.

Pelan pembaharuan Visi 2030 bertujuan menarik lebih 30 juta jemaah Umrah dan menyediakan perkhidmatan cemerlang dan pengalaman menarik.

Terdahulu, Menteri Haji, Mohammed Salin Bentin, berkata: “Kementerian mahu mengembangkan syarikat Haji dan Umrah dan menyediakan model bagi syarikat terkemuka yang tidak hanya mengutamakan keuntungan tetapi juga bersaing dengan perkhidmatan antarabangsa serupa dalam sektor perhotelan dan menambah pengalaman jemaah.

“Kementerian bersedia sepenuhnya untuk mengembangkan dan menyokong model seumpama itu.” — Agensi

Berita Harian X