Khamis, 13 Jun 2019 | 12:01pm
ANGGOTA polis mengawal keadaan ketika penunjuk perasaan dilihat masih berkumpul di Hong Kong. - Foto Reuters

Rusuhan: Pejabat kerajaan Hong Kong ditutup sepanjang minggu

HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong menutup pejabat kerajaan di daerah kewangan bandar itu untuk sepanjang minggu ini selepas satu keganasan berlaku susulan rang undang-undang ekstradisi yang membenarkan orang ramai dihantar ke tanah besar China bagi dibicarakan.

Hanya segelintir penunjuk perasaan dilihat masih berkumpul setakat awal pagi tadi.

Pihak polis semalam terpaksa melepaskan tembakan peluru getah dan penyembur lada bagi menyuraikan perusuh dari bangunan perundangan bandar berkenaan.

Ia adalah keganasan terburuk di Hong Kong sejak wilayah itu diserahkan semula oleh Britain untuk ditadbir kerajaan China pada 1997.

Lembaga Hospital Hong Kong dalam satu kenyataan berkata, 72 orang dimasukkan ke hospital pada jam 10 malam (waktu tempatan) semalam, akibat pelbagai kecederaan. - Reuters

268 dibaca
Berita Harian X