Selasa, 11 Jun 2019 | 7:28pm

Turki bunuh 10 militan Kurdish di Syria

ANKARA: Kementerian Pertahanan Turki melaporkan bahawa seramai 10 militan Kurdish dibunuh di wilayah Tel Rifaat, Syria hari ini sebagai serangan balas terhadap serangan yang mengorbankan seorang tenteranya.

Turki menganggap bahawa militan YPG adalah cabang gerakan haram Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarkan pemberontakan di negara itu, sejak 1984.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran semalam bahawa sehingga dua juta pelarian mungkin melarikan diri ke Turki jika pertempuran yang berterusan meletus di barat laut Syria kerana bantuan kemanusiaan sangat terhad. - Reuters

Berita Harian X