Jumaat, 24 Mei 2019 | 7:01am
NARENDRA Modi. - Foto Reuters

Kemenangan Modi, penduduk Muslim India putus harapan

AYODHYA: Kemenangan besar pilihan raya parti nasionalis Hindu di India, semalam, menyebabkan ramai penduduk Muslim seolah-olah putus harapan sehingga ada yang sanggup membenarkan tuntutan pembinaan kuil di sebuah tapak masjid musnah di sini.

Parti Perdana Menteri Narendra Modi, Bharatiya Janata (BJP) dijangka menang majoriti lebih besar berbanding 2014, menurut data suruhanjaya pilihan raya, memberi penyokong konservatif Hindu tuntutan lebih kuat untuk majoriti penganut agama itu.

Ramai penduduk Hindu percaya sebuah masjid yang dirobohkan pada 1992 di utara Ayodhya di sini, dibina atas tapak sama di mana Tuhan Ram dilahirkan. Mereka menunjukkan bukti kewujudan kuil, sebelum masjid itu dibina pada 1528.

Pemusnahan masjid itu oleh penduduk Hindu membawa kepada rusuhan yang mengorbankan 2,000 orang di seluruh negara.

Reuters menemu bual puluhan Muslim di Ayodhya dan semuanya memaklumkan mereka tidak mempunyai masalah dengan pembinaan sebuah kuil Hindu di situ. - Reuters

2660 dibaca
Berita Harian X