Ahad, 19 Mei 2019 | 11:53pm
KUMPULAN Hatari membuat persembahan pada Eurovision Song Contest di Tel Aviv. - Foto EPA

Kibar bendera Palestin, kumpulan Iceland bakal dihukum

BAITULMAQDIS: Stesen televisyen Israel yang menyiarkan Eurovision Song Contest, hari ini, memaklumkan sebuah kumpulan Iceland mungkin dihukum penganjur acara itu kerana mengibarkan bendera Palestin tanpa kebenaran.

Ketika pusingan akhir, ahli kumpulan punk Hatari mengangkat selendang bersaiz bendera Palestin. Vokalisnya, Klemens Nikulásson Hannigan menunjukkan tanda V untuk kemenangan.

Tindakan itu menyebabkan ramai penonton di Tel Aviv mengejek siaran langsung acara berkenaan.

Dalam kenyataan terdahulu kepada laman peminat Eurovision, wiwibloggs, Hannigan mengutuk penempatan haram Israel sambil menyifatkannya sebagai amalan ‘apartheid’ dalam wilayah Palestin yang dijajah.

Adegan bendera itu dipaparkan kelihatan sekejap dalam siaran langsung pertandingan 41 negara terbabit, ia sedikit terganggu dengan gesaan boikot anti Israel dan dibantah Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU).

“Warga Iceland ini akan dihukum EBU yang tidak berkompromi dengan sesiapa yang melanggar peraturannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif agensi sama seperti EBU di Israel, Kan, Eldad Koblenz. - Reuters

3282 dibaca
Berita Harian X