Ahad, 19 Mei 2019 | 11:00pm
17 pelancong cedera selepas bas yang mereka naiki terkena letupan bom berhampiran piramid di Giza. - Foto Reuters

17 cedera, bas pelancong Mesir terkena bom

KAHERAH: 17 pelancong cedera selepas bas yang mereka naiki terkena letupan bom berhampiran sebuah lokasi tumpuan pelancong di Mesir, kata pihak berkuasa hari ini.

Difahamkan ketika kejadian, sebutir bom meletup dan terkena sebuah bas, mencederakan pelancong warga Afrika Selatan dan Mesir berhampiran piramid di Giza. Tiada kematian dilaporkan, kata sumber.

Imej yang mula tersebar di media sosial turut memaparkan sebahagian daripada cermin bas yang bertaburan di lokasi kejadian.

Disember lalu, tiga pelancong Vietnam dan seorang pemandu pelancong warga Mesir terbunuh selepas sebutir bom meledak dan terkena bas yang mereka naiki ketika sedang menghampiri piramid di pinggir Kaherah.

Industri pelancongan Mesir terjejas teruk sejak sekian lama akibat siri serangan maut yang menyasarkan pelancong susulan kebangkitan untuk menjatuhkan pemimpin Hosni Mubarak pada 2011. - AFP

356 dibaca
Berita Harian X