Ahad, 19 Mei 2019 | 9:27pm
ORANG ramai mengundi di pusat pengundian di Amritsar. - Foto AFP

Pengundian pilihan raya India berakhir

NEW DELHI: Pengundian pilihan raya India berakhir pada hari ke-tujuh, hari ini, bagi menentukan sama ada Perdana Menteri nasionalis, Narendra Modi dapat melanjutkan penggal pemerintahan.

Pusat pembuangan undi terakhir ditutup pada 1230 GMT, menurut suruhanjaya pilihan raya negara itu dan pengiraan undi pilihan raya terbesar dunia terbabit akan bermula, Khamis depan.

Difahamkan, seramai 900 juta pengundi layak membuang undi dalam pilihan raya, kali ini.

Parti nasionalis Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) berjaya menang besar pada pilihan raya 2014 dengan meraih 282 daripada 543 kerusi parlimen.

Kali ini, banyak tinjauan menjangkakan BJP akan mengalami penyusutan majoriti. - AFP

359 dibaca
Berita Harian X