Ahad, 19 Mei 2019 | 1:34pm
Madonna mempersembahkan single terbarunya, ‘Future’ bersama-sama bintang hip-hop, Quavo. - Foto EPA
Persembahan Madonna pada pertandingan akhir Eurovision. - Foto EPA

Madonna nyanyi lagu baru di pertandingan Eurovision

TEL AVIV: Penyanyi pop terkenal, Madonna, mempersembahkan single terbarunya, ‘Future’ bersama-sama bintang hip-hop, Quavo, pada pertandingan akhir Eurovision awal hari ini dan menggesa peminat supaya tidak merendahkan kuasa muzik menyatukan orang ramai.

Bintang berusia 60 tahun itu membuka persembahan menyampaikan lagu popularnya pada 1989, ‘Like A Prayer’ dengan set menyerupai gereja dengan penyanyi koir memakai jubah sami.

Quavo, anggota kumpulan hip-hop Migos, kemudian menyertainya menyampaikan lagu ‘Future’ daripada album seterusnya, ‘Madame X’.

“Jangan rendahkan kuasa muzik menyatakan orang ramai.

“Memetik lagu mengagumkan, muzik menyatukan orang ramai,” kata Madonna dalam kenyataan ringkas sebelum persembahan, memetik lagunya ‘Music’.

Beliau juga tidak mengendahkan desakan daripada kumpulan pro-Palestin yang cuba menamatkan pencerobohan Israel untuk memulaukan Eurovision. - AFP

277 dibaca
Berita Harian X