Ahad, 19 Mei 2019 | 9:09am
REAKSI penyanyi Belanda, Duncan Laurence meraikan kejayaan mengungguli Pertandingan lagu Eurovision di Tel Aviv. - Foto AFP

Belanda juarai pertandingan lagu Eurovision

BAITULMAQDIS: Belanda memenangi Pertandingan Lagu Eurovision ke-64 yang diadakan di Israel hari ini dalam acara yang berlangsung tanpa kejadian serius, di sebalik desakan kumpulan pro-Palestin supaya ia dipulaukan.

Duncan Laurence yang menyanyikan lagu ‘Arcade’ menewaskan 25 peserta lagi dalam pusingan akhir di Tel Aviv untuk menang trofi mikrofon kaca.

Pertandingan nyanyian yang disertai 41 negara itu turut diserikan dengan penyanyi jemputan, Madonna, yang mencetuskan kontroversi apabila dua penari latarnya memakai pakaian memaparkan Israel dan Palestin.

Peserta dari Iceland juga memaparkan sepanduk kecil Palestin ketika undian.

Dengan kemenangan itu, Belanda memperoleh hak menjadi hos pada pertandingan tahun hadapan. - Reuters

165 dibaca
Berita Harian X