Ahad, 19 Mei 2019 | 8:12am
Emiriah Arab Bersatu gesa negara Teluk dan Arab perlu bersatu berhadapan ‘keadaan genting’ di rantau itu.

Negara Arab perlu bersatu - UAE

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu, semalam berkata negara Teluk dan Arab perlu bersatu berhadapan ‘keadaan genting’ di rantau itu, di tengah ketegangan dengan Iran susulan serangan ke atas kapal tangki di luar pantai negara itu minggu lalu.

Kenyataan Kementerian Luar yang disiarkan oleh agensi berita WAM menyambut baik gesaan Arab Saudi mengadakan sidang kemuncak tergempar di Makkah untuk membincangkan implikasi serangan itu dan serangan dua hari kemudian ke atas kemudahan minyak di negara itu. - Reuters

289 dibaca
Berita Harian X