Sabtu, 18 Mei 2019 | 10:16pm
Penyokong Buruh yang kecewa kelihatan sugul atas kekalahan parti pembangkang itu di tangan konservatif. -Foto EPA

Pemimpin Buruh Australia mengaku kalah

MELBOURNE: Calon pilihan Australia, Bill Shorten mengaku kalah selepas parti pembangkang Buruh pimpinannya mengalami kekalahan mengejutkan dalam pilihan raya umum negara itu hari ini, mengatakan beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin parti.

“Jelasnya Buruh tidak berupaya membentuk kerajaan berikutnya. Atas dasar kepentingan negara, tidak lama tadi saya menelefon pemimpin Liberal, Perdana Menteri Scott Morrison untuk mengucapkan tahniah kepada beliau,” katanya. -AFP


Bill Shorten ketika membuang undi bersama isterinya, mengaku kalah dalam pilihan raya umum Australia hari ini. -Foto Agensi

746 dibaca
Berita Harian X