Jumaat, 22 March 2019 | 1:00pm
PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyertai tafakur yang diadakan di masjid Al-Noor, hari ini. - Foto Reuters

Lebih 500 hubungi polis New Zealand mahu serah senjata

CHRISTCHURCH: Hampir 500 orang menghubungi talian khas polis untuk menyerahkan senjata mereka, 20 jam pertama selepas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan larangan ke atas senjata ala tentera, kata Timbalan Penguasa Polis, Tusha Penny.

Lebih 1,000 orang turut memaklumkan polis secara dalam talian mengenai hasrat mereka untuk berbuat demikian.

Namun ketika perubahan itu menerima sokongan meluas dalam kalangan parti pemerintah dan pembangkang, beberapa pengkritik menyatakan ketidakpuasan mereka secara dalam talian, kata Penny.

“Walaupun individu-individu ini mungkin kelihatan seperti ‘kurang kerja’, polis tidak,” katanya.

Polis menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 1.2 juta senjata api dalam edaran di New Zealand yang mempunyai lebih 4.5 juta penduduk.

Mereka bagaimanapun tidak memberikan anggaran jumlah senjata ala tentera yang dimiliki orang awam. - AFP

Berita Harian X