Rabu, 20 March 2019 | 1:48pm
Morrison memberikan penghormatan kepada mangsa pengganas di Christchurch, di Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Canberra. - Foto AFPtions" in reviewing ties.

PM Australia kecam kenyataan Erdogan, NZ mahu penjelasan

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, mengecam kenyataan ‘tidak bertanggungjawab’ dan ‘amat menyinggung’ yang dikeluarkan Presiden Recep Tayyip Erdogan susulan pembunuhan beramai-ramai di Christchurch.

Beliau turut memberi amaran sedia mempertimbangkan ‘semua pilihan’ dalam menilai semula hubungan kedua-dua negara.

Dalam kempennya, Erdogan menggunakan rakaman video serangan pengganas yang mengorbankan 50 jemaah di dua masjid di New Zealand Jumaat lalu dan menyatakan ia sebahagian daripada serangan ke atas Turki dan Islam.

Beliau juga memberi amaran rakyat Australia yang anti-Islam, seperti pengganas di Christchurch, akan ‘dihantar balik dalam keranda’ seperti moyang mereka di Gallipoli, lokasi pertempuran berdarah Perang Dunia Kedua.

“Kenyataan oleh Erdogan yang saya anggap amat menyinggung rakyat Australia dan tidak bertanggungjawab dalam saat amat sensitif ini.

“Saya mahukan kenyataan itu ditarik balik,” katanya Morrison selepas memanggil duta Turki dan menolak ‘alasan’ yang diberi.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, enggan mengulas kenyataan Erdogan tetapi berkata timbalannya akan ke Turki untuk mendapatkan gambaran sebenar. — AFP

Berita Harian X