Rabu, 20 March 2019 | 9:29am
Orang ramai hadir pengebumian di tanah perkuburan tidak jauh dari Masjid Linwood, di Christchurch, New Zealand. - Foto Reuters

Jenazah anak beranak pelarian Syria selamat dikebumikan

CHRISTCHURCH: Jenazah pelarian dua beranak dari Syria menjadi mangsa keganasan di masjid Christchurch pertama dikebumikan hari ini.

Ratusan penduduk terutama beragama Islam berkumpul di tanah perkuburan tidak jauh dari Masjid Linwood, sasaran kedua keganasan Jumaat lalu.

Mereka menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah Khaled Mustafa dan anaknya, Hamza, 15, di situ.

Keluarga berkenaan tiba di New Zealand tahun lalu sebagai pelarian untuk mencari perlindungan daripada krisis di negara asal mereka.


Zaid Mustafa (berkerusi roda) hadir pada pengebumian ayahnya, Khaled Mustafa dan abangnya, Hamza di tanah perkuburan tidak jauh dari Masjid Linwood, di Christchurch, New Zealand. - Foto AFP

Sebaliknya, Khaled dan Hamza ditembak mati di Masjid Al Noor, sasaran pertama keganasan itu.

Adik lelaki Hamza, Zahid, 13, cedera tetapi selamat dan turut menghadiri majlis pengebumian bapa dan abangnya dengan berkerusi roda.

Pengganas kulit putih Australia menembak mati 50 jemaah di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu dalam kes tembakan rambang yang disiarkan secara langsung oleh penjenayah itu. — AFP

1081 dibaca
Berita Harian X