Ahad, 17 March 2019 | 5:34pm

NZ tutup lapangan terbang susulan penemuan pakej misteri

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand menutup lapangan terbang Dunedin lewat hari ini selepas bungkusan mencurigakan ditemui.

“Lapangan Terbang Dunedin ditutup buat masa ini.

“Polis berada di lokasi dan pasukan khas diarah ke sana untuk memastikan isi bungkusan,” menurut kenyataan.

New Zealand berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi selepas pengganas kulit putih yang dipercayai menetap di bandar raya itu, membunuh 50 jemaah di dua masjid kelmarin. — AFP

Berita Harian X